keluarga tersayang saya |
Saya telah memulakan alam persekolahan pada 1996 di Tadika Masjid Tanjung Malim,Perak.Pada 1997 hingga 2002 saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim Perak dan pada sebelah petangnya saya menerima pelajaran agama di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam,Selangor.Pada 2003 hingga 2008 saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya di Sekolah Agam Menengah Tinggi Kuala Kubu Bhru Selangor.Disitu saya belajar berdikari kerana saya duduk diasrama.Kemudian pada tahun 2009,saya mendapat tawaran sebagai guru tajaan di Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam.Pada ketika itu,saya hanyalah sebagai guru tajaan sahaja.Kemudian guru besar sekolah pada ketika itu mencadangkan saya mengisi borang sebagai guru kafa pada 2010 saya mengikuti temuduga sebagai guru.Pada Januari 2011 saya mendapat lantikan guru kafa dan ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Gedangsa.Disana saya merasa seronok dalam suasana sekolah tersebut kesana semua rakan sekerja saya sangat baik dan kami semua seperti keluarga. Saya telah berkhidmat di sana dari 2011 hingga 2016.Pada mei 2011,saya telah melanjutkan pelajaran saya di Kolej Universiti Islam Selangor jurusa Diploma Perguruan Pendidikan Islam.Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan pengajian saya.Pada ogos 2015 saya bergraduasi bersama tunang saya dan merupakan suami saya sekarang ini..Alhamdulillah.
Pada 12/12/2015 saya telah berkahwin dengan suami saya Ahmad Fadhli.BEliau sangat menolong mendorong saya dalam apa jua keadaan.Beliau sentiasa memberi semangat dan tunjuk ajar kepada saya.Alhamdulillah dengan kebahagian yang kami nikmati.Moga hubungan ini hingga ke akhirnya amin.
konvo bersama.. |
bersama emak dan ibu mertua saya |
pada 23/12/2016 telah lahir putera kami yang bernama Ahmad Fayyadh Ariqin bin Ahmad Fadhli.Kesayangan kami ini menjadi sumber kekuatan dan sumber semangat kami untuk meninggakatkan lagi semanggat dalam melanjutkan pelajaran.Kami amat sayangkan dia.Moga Ahmad Fayyadh menjadi anak yang soleh ..Amin.
anak soleh kami- Ahmad Fayyadh Ariqin |
Pada september 2017,saya telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris bersama-sama suami saya.Saya akan berusaha sungguh-sungguh untuk mencapai dan menikmati kejayaan yang akan datang.Semoga saya,suami dan rakan-rakan dapat mengecapi impian kejayaan bersama..amin..
bersama kesayangan saya. |
No comments:
Post a Comment